Dunia Penuh Beban (Rumi) | Puisi Nusantara

Dunia Penuh Beban (Rumi)

Post: 22 December 2008 Oleh: (2) Comment

Dari langit setiap saat wahyu turun ke dalam kalbumu,
“Bagaikan sampah berapa lamakah usia hidupmu di atas bumi? Naiklah!”
Sesiapa yang beban jiwanya berat, pada akhirnya akan menjadi sampah.

Apabila sampah memenuhi tong, bersihkan!
Janganlah lumpur itu dibuat kewruh setiap kali,
Agar air kolammu jernih dan sampah mudah dibuang dan dukamu sembuh.

Demikian roh, bagaikan obor, asapnya lebih tebal dibanding cahayanya.
Apabila gumpalan asap lenyap, cahaya dalam rumah tak akan dipermainkan lagi.
Kau sentiasa bercermin ke dalam air keruh,
Kerana itu bukan bulan ataupun matahari kau lihat
Apabila kegelapan menutup langit, matahari dan bulan tak nampak.
Angin utara bertiup, udara segar.

Untuk membawa udara segar angin sepoi bertiup pada waktu subuh.
Angin roh bertiup membuat segar dada yang sesak disebabkan derita.
Nafas ringan terhela dan jiwa rasa hampa.

Di bumi roh ialah pengembara asing, negeri tanpa ruang itulah yang ia rindukan,
Mengapa nafsu amarah sentiasa gelisah?
Roh suci, berapa lamakah kau akan mengembara di bumi?
Kau elang raja, terbanglah kembali kepada siul Baginda!

Judul Ilustrasi by Fadlie
Puisi by Jalaluddin Rumi

Incoming Search

puisi hidup penuh derita,pantun amarah,bagaikan bulan rindukan bumi,puisi hidup yang penuh beban,puisi gadis penuh beban,puisi beban derita,puisi amarah,pantun derita hidup,ketika hidup penuh derita,fungisida lataksil konzeb untuk sawit penyakit bercak daun,puisi rumi pengorbanan

Categories: Puisi Rumi


 

If You Like This Post, Share it With Your Friends & Peers

Digg
stumbleupon
Delicious
facebook
twitter
reddit
rss feed bookmar
   

2 Comments to “Dunia Penuh Beban (Rumi)”

  1. Rifa'i Kurdi says:

    iklan yang ada dalam halaman ini tidak relevan dengan isinya, isi halaman mengajarkan hidup zuhud sedangkan iklannya penuh dengan hawa nafsu duniawi!!!

  2. citra says:

    Mohon izin untuk menampilkan puisi anda pada lomba baca puisi tingkat SD/MI di desa kami

Leave your comment here: